Dividen Tabung Haji 2011 (6%) meningkat 0.5% dari tahun sebelumnya.

Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit sebanyak enam peratus bagi tahun 2011, dengan anggaran pembayaran RM1.67 bilion kepada pendeposit. Pembayaran dividen ini akan diterima oleh pendeposit Rabu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya.

ccris.comBeliau berkata, kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja.

Bagaimanapun, katanya bonus itu yang merupakan peningkatan 0.5 peratus daripada 2010 adalah lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam.

Pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah 1 peratus.

Menurut beliau lagi, pelaburan Tabung Haji telah menghasilkan pulangan yang baik dan perbelanjaan operasi dapat dikawal secara berhemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *